Aku makin kekurangan idea untuk hidup. Makin lama makin menarik nafas aku. Seakan akan petanda datang untuk menjemputku. Selagi badan ini mampu berjasa kepada jasad. Selagi itu aku akan cuba sempurnakan ia. Manusia biasa. Apa yang mampu dilakukan? Duduk seharian melihat telatah orang. Kesana kesini melihat dunia. Andai mampu aku lafazkan semuanya, akan aku lafazkan. Namun belum terucap dengan kata kata. Aku bukan berani. Jauh sekali gagah perkasa. Aku hanya manusia biasa. Menunggu untuk berjumpa tuhan. Agaknya tuhan pun tak mahu melihatku. Penuh badan aku dengan dosa dosa. Dosa dosa yang tak mungkin dapat kau selesaikan. Tuhan yang satu. Aku tunduk pada-Mu.