ada kata menikam jiwa,mulut terkunci menahan erang,hati mengecut sembunyikan pedih,menyejat merah darah,mengering titis airmata,oh, sayang, oh, perempuan,kau tak pernah bersalah,yang berdosa cuma aku,yang tak patot sujud dalam hati ini.
Friday, May 18, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Jari Hati
jari hati terus menaip, mementingkan
diri tanpa memikirkan orang lain berkorban dan bersusah payah adalah
langkah yang bijak masa kini.dan masa kini juga tidak perlu ubah
kelemahan diri.biarkan sahaja diri hanyut dilanda ombak "ah,mampus aku
la!".oh ya,bunga memang selalu dengan batang..penting untuk satu sama
lain.tetapi jika fikirkan sangat bunga,tidak sedar diri sendiri sudah
tumbuh tinggi,ego dan sombongnya.air dan matahari memandang jelik namun
kitaran fotosintesis memerlukan satu sama lain.jika tidak macamana mahu
hidup kan?atau adakah hidup ini untuk diri sendiri?duduk berbincang
untuk menjalani keseronokan manusia bersebelahan dengan seorang manusia
yang anggap dirinya satu jiwa satu hati dengannya tetapi hanya pelakon
tambahan bagi mana-mana episod yang memerlukan perkhidmatannya walaupun
bergadai kehormatan.jangan terlalu senang menganggap semua benda senang
dan jilatlah kembali ludah yang diberi dengan jijiknya terhadap bayi
hebat itu kerana kamu sudah menunjukkan ciri-ciri bayi hebat berkenaan. Sekian,
Sunday, May 6, 2012
Cinta
Cinta.
Bukan barang mainan. Bila kau memiliki cinta, haruslah serius. Seriusnya seperti kau melihat tuhan. Pendek kata serius.
Cinta.
Bukan perkara ringan. Seperti makanan ringan. Kau makan kenyang kembali lapar semula. Sia sia.
Cinta.
Perlu dikorbankan. Itu gua kurang pasti dengan apa yang perlu dikorbankan.
Dengan setiap kata yang disusun rapi. begitu juga dengan cinta. Perlu rasa disusun. Agar si cinta tak jemu melihat kau.
Lafaz
Aku makin kekurangan idea untuk hidup. Makin lama makin menarik nafas aku. Seakan akan petanda datang untuk menjemputku. Selagi badan ini mampu berjasa kepada jasad. Selagi itu aku akan cuba sempurnakan ia. Manusia biasa. Apa yang mampu dilakukan? Duduk seharian melihat telatah orang. Kesana kesini melihat dunia. Andai mampu aku lafazkan semuanya, akan aku lafazkan. Namun belum terucap dengan kata kata. Aku bukan berani. Jauh sekali gagah perkasa. Aku hanya manusia biasa. Menunggu untuk berjumpa tuhan. Agaknya tuhan pun tak mahu melihatku. Penuh badan aku dengan dosa dosa. Dosa dosa yang tak mungkin dapat kau selesaikan. Tuhan yang satu. Aku tunduk pada-Mu.
Subscribe to:
Comments (Atom)