" Mati itu pasti " - Tandanya sudah sampai, Bila ia mahu menjemputku?

Saturday, March 30, 2013

Nikmat Itu Sementara

kisah kehidupan.

kita diberikan pelbagai jalan atau laluan. tapi yang mana harus kita pilih? pengalaman mengajar kita erti kehidupan. apa itu erti kawan, apa itu erti lawan. sepanjang perjalanan kehidupan, pelbagai dugaan telah aku tempuh. dari susah hingga ke senang, senang itu hanyalah sementara. kesudahannya ia kembali ke kesusahan. tapi dari kesusahan itu baru kita sedar, apa itu nikmat kesenangan. itu hanya nikmat sementara. kehiduapan sebenarnya tak sama dengan angan angan yang kita impikan. jelas jika angan angan menjadi realiti, hanya 10% manusia yang dapat mencapai angan angan tersebut.

kisah kehidupan. tidak habis disini.

Thursday, January 10, 2013

Ku Renung

telah lama tak ketemu bersama hujan. orang kata kalau hujan dunia menangis. tapi ada orang kata itu ciptaan tuhan. memberi rahmat agar kita dapat teruskan hidup. diantara hati dan perasaan, mungkin tiada siapa yang akan faham. ini antara kita bersama tuhan. jika diluahkan maknanya menjadi persoalan yang ketiga. diluahkan, tidak menjadi 100%. ia hanya yang tersurat. tak mampu luahkan kerana tersirat masih didalam. sukar bersuara. mungkin tiada siapa yang pernah mengerti.
ini antara kita bersama tuhan.
selamat malam, moga ia bersama duka duka. dan esok bangun tiada lagi sengsara.